Sejarah Bahan Pendingin

Pada peringkat awal, satu eksperimen telah dilakukan terhadap kulit manusia iaitu dengan menitiskan setitis alkohol pada kulit. Kulit akan menjadi sejuk kerana alkohol termeluwap dan menyerap haba dari badan. Seperti yang kita tahu haba bergerak daripada kawasan bersuhu tinggi (panas) ke kawasan bersuhu rendah (sejuk). Maka suhu alkohol yang lebih rendah (sejuk) itu menyebabkan suhu badan manusia yang lebih tinggi (panas) mengalir ke arahnya. Proses ini berterusan sehingga kadar pemindahan haba jasad A (alkohol) ke jasad B (kulit manusia) adalah sama dari jasad B ke jasad A. Prinsip ini di namakan sebagai keseimbangan terma.

Sistem penyejukan dan penyamanan udara telah menggunakan prinsip ini untuk menghasilkan  satu sistem yang lebih sistematik dan selamat untuk proses perpindahan haba ini. Satu eksperimen lanjutan telah dibuat dalam sebuah bilik pula. 

Sebekas alkohol telah diletakkan dalam sebuah bilik dan di dapati suhu bilik tersebut menjadi lebih rendah. Ini adalah kerana alkohol telah termeluwap dan menyerap haba bilik yang lebih tinggi. Lama – kelamaan alkohol akan habis kerana telah melalui proses pemeluwapan. 

Idea 1:
Adakah lebih baik jika alkohol yang telah termeluwap kembali kebentuk asal (cecair) maka proses penyejukan dapat diteruskan.

Idea 2:
Suhu dalam bilik menjadi sejuk namun ia tidak disebarkan secara sekata dalam bilik tersebut. Oleh itu satu kipas diperlukan untuk mengedarkan suhu ke seluruh bilik.

Daripada masalah maka wujudlah penyelesaian seiring dengan perkembangan teknologi. Idea – idea di atas sebenarnya bukanlah masalah tetapi satu bentuk inovasi dalam proses penyelidikan.

Masalah UTAMA adalah adakah alkohol sesuai diletakkan dalam sebuah bilik? Ini tentulah TIDAK kerana ia adalah bahan yang mudah terbakar dan berbahaya.

Untuk mengatasi masalah ini Bahan Pendingin (refrigerant) diperkenalkan.

Idea wujudnya bahan pendingin

Sebenarnya idea untuk menyejukkan ruang sudah ada sejak ribuan tahun yang lalu. Bangsa Rom telah menemukan idea asalnya dengan mengalirkan air akueduk melalui dinding rumah mereka bagi menurunkan suhu di dalam rumah. 

Akueduk ialah saluran air buatan manusia yang berfungsi untuk mengalirkan air dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Orang Rom membuat saluran di dalam dinding rumah untuk mengalirkan air dari akueduk bagi menyejukkan suhu ruangan Apabila dinding rumah mereka menjadi sejuk, suhu udara di dalam rumah pun akan menjadi sejuk.
Ini ialah akueduk di Pont du Gard, Perancis yang dibina oleh bangsa Rom pada abad ke-19 SM.


Ini pula ialah bahagian dalam akueduk buatan bangsa Rom yang mengalirkan air dari kolam Solomon menuju ke Baitulmuqaddis atau Jerusalem.

Cara ini memerlukan air yang sangat banyak. Pada masa itu, hanya orang kaya sahaja yang mampu memilikinya. Kemudian, pada tahun 1820, ilmuwan dan penemu dari Britain bernama Michael Faraday menemukan cara baru untuk menyejukkan udara, iaitu dengan menggunakan gas ammonia. Beliau telah memanaskan cecair ammonia dan dibiarkan termeluwap. Ternyata wap yang terhasil menjadi sejuk. Pada tahun 1842, seorang doktor bernama John Gorrie menemukan cara untuk menyejukkan udara dalam sebuah wad hospital di Florida. Beliau telah membuat mesin ais menggunakan teknologi mampatan untuk menyejukkan suhu bilik. Mesin ais tersebut bukan sahaja dapat digunakan dalam satu ruangan tetapi seluruh bangunan dapat di sejukkan.
Idea Dr John Gorrie tidak berkembang lagi kerana beliau meninggal dunia pada 1855, 4 tahun selepas ciptaannya di patenkan. Ini adalah Mesin Ais ciptaan Dr John  Gorrie.
Teknologi berkembang selaras dengan keperluan dan masalah yang wujud. Dalam konteks di atas Dr John Gorrie cuba untuk memberi keselesaan kepada pesakit supaya berasa lebih sejuk dan cepat sembuh. Seterusnya dalam tahun – tahun sekitar 1850an, kilang – kilang percetakan sering mengalamai masalah dengan hasil percetakannya. Di dapati garisan tidak lurus, dakwat tidak konsisten dan warnanya semakin pudar. Ini kerana kertas cetakan di dapati mengembang kerana suhu tinggi.
Sebuah syarikat percetakan di Buffalo, Amerika Syarikat telah meminta pertolongan Willis Haviland Carrier, seorang jurutera dari New York untuk mengatasi masalah percetakan dikilangnya. Syarikat meminta Carrier menciptakan alat yang dapat mengendalikan suhu udara.
Akhirnya pada 17 Julai 1902, Carrier menyempurnakan rekabentuk penyaman udara pertamanya untuk keperluan industri. Ia berupa sebuah mesin seberat 30 tan. Pada 25 April 1939, di dalam sebuah iglu tiruan, Carrier mendemonstrasikan kemampuan penyaman udara dalam mengawal suhu ruangan.
Beliau kemudiannya mendirikan perusahaan yang mengeluarkan penyaman udara sehingga hari ini. Unit penyaman udara untuk rumah mula dipasang pada 1927 di Mineapolis, Minnesota. Walaupun sudah berkembang menjadi bermacam – macam bentuk dan kegunaan, prinsip dan cara kerja penyaman udara tetap sama. Teknologi akan sentiasa berkembang tetapi prinsip asas tetap sama.
Pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya jika tiada penyaman udara di dunia?
  • ·            Tanpa penyaman udara, tidak mungkin ada bangunan pencakar langit. Ini  kerana semakin tinggi bangunan semakin kuat angin bertiup. Tidak mungkin  orang di dalamnya dapat membuka tingkap  untuk menyejukkan ruangan di  dalam bangunan itu. Dengan adanya penyaman udara suhu di dalam            bangunan  dapat di kawal tanpa perlu membuka tingkap.

  • ·         Didalam makmal pembiakan haiwan, penyaman udara mengawal suhu sehingga darjah tertentu yang dapat mempercepat proses mengembangbiakkan haiwan tertentu.

  • ·         Makmal komputer menggunakan penyaman udara agar komputer tidak cepat panas.

  • ·         Dalam dunia perubatan, penyaman udara berfungsi mengawal suhu di dalam dewan bedah agar tetap steril dan mengurangkan kemungkinan terjadinya jangkitan.



No comments:

Post a Comment