Langkah dan Panduan bagi mencegah berlakunya kulat di bangunan atau premis-premis

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim panas-lembap tropika. Taburan hujan, suhu dan kelembapan yang tinggi merupakan sebahagian dari ciri utama iklim ini. Keadaan ini meningkatkan risiko pertumbuhan kulat di dalam dan diluar bangunan-bangunan di negara ini. Disebabkan itu, rekabentuk bangunan di Malaysia memerlukan penelitian yang khusus terutamanya bagi mengatasi faktor punca dan penyebab kepada masalah kulat khususnya kemasukan air dan kelembapan udara. Pembentukkan kulat di kebanyakkan bangunan-bangunan yang baru diserahmilik kepada pelanggan seperti hospital, klinik, pejabat-pejabat kerajaan dan sebagainya pada masa ini, amat membimbangkan dan ia boleh menjejaskan operasian bangunan keseluruhanya serta merugikan semua pihak sekiranya tidak diambil tindakkan secara komprehensif dalam menangani masalah kulat oleh pihak-pihak bertanggungjawab. Kualiti udara di dalam bangunan akan terjejas disebabkan oleh kulat dan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Sering dikaitkan bahawa punca utama dan penyebab terjadinya kulat adalah dari SISTEM PENYAMAN UDARA.

Oleh itu terdapat beberapa langkah dan panduan untuk mencegah berlakunya kulat di bangunan atau di premis-premis yang bersesuaian.

1)    Pengiraan terperinci untuk beban haba (heat load) adalah perlu. Bagi ruang yang                 beroperasi selama 24 jam dan juga mempunyai kadar perubahan beban yang tinggi             seperti di hospital, pengiraan beban haba hendaklah mengambil kira semua faktor beban     yang dijangka. Ini adalah untuk memastikan unit hawa dingin yang dipilih berupaya untuk     mengawal kelembapan bandingan dalam julat yang dibenarkan (< RH 70%).

2)    Faktor keselamatan (safety factor) dalam pengiraan beban haba hendaklah tidak terlalu       tinggi. Faktor keselamatan yang terlalu tinggi akan menyebabkan sistem hawa dingin            beroperasi pada beban separa dan gagal mengawal kelembapan bandingan.

3)    Perlu dipastikan pengedaran udara yang mencukupi terutama di laluan atau koridor            dalaman yang tidak mempunyai pengedaran udara semulajadi dan tidak dihawadinginkan.

4)    Memastikan pemilihan sistem yang tepat untuk ruang-ruang yang diperlukan. Minimakan      penggunaan "Chilled Water Fan Coil Unit". Penggunaan "Chilled Water Fan Coil Unit"         akan menyebabkan risiko berlakunya kebocoran didalam siling. Penggunaan sistem "Air       Handling Unit" berpusat adalah digalakkan.

5)    Rekabentuk laluan paip HVAC dan lokasi unit perlu dielakkan dari melalui kawasan-              kawasan yang sensitif serta mudah untuk dikesan sekiranya terdapat kebocoran.

6)    Menyediakan "Air Filter" bagi "fresh air" untuk menapis spora (benih kulat) dari luar              memasuki dalam sistem hawa dingin.

7)    Elakkan menggunakan penebat dalaman sesalur udara untuk mengawal kadar bunyi            dari jenis yang berongga (Open Porous Insulation) dan "Fibrous Internal Duct Liner"             (Acoustic Insulation). Penebat dari jenis-jenis tersebut amat sesuai untuk pertumbuhan          kulat.

8)    Penggunaan "Double Skin" AHU atau FCU perlu digunakan terutama untuk "concealed"      unit di dalam siling.

9)    Bagi "Chilled Water Pipe Line", rekabentuk perlu menggunakan dari jenis "Pre Insulated        Pipe". "Pre Insulated Pipe" mempunyai "Insulation Property" yang lebih seragam dan            mengurangkan risiko kondensasi.

10)   "Drain" atau "Condensate Pipe", ianya perlu ditebat menggunakan bahan dari jenis                "Closed Cell". Elakkan daripada berkongsi "drain pipe" jika keadaan di tapak                          mengizinkan. Kecerunan yang sesuai hendaklah dipastikan bagi aliran graviti.

11)    Sesalur ekzos bagi ruang yang menggunakan 100% "fresh air", yang melalui kawasan          tiada hawa dingin hendaklah ditebat mengikut spesifikasi.

12) Elakkan lokasi "Supply Air Diffuser" terlalu dekat dengan dinding ini akan menyebabkan       “cold spot” pada permukaan dinding tersebut dan seterusnya berlaku kondensasi.

No comments:

Post a Comment