Rumah Hijau (Green Building)

“Green Building” atau istilah bahasa melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi. Selain menjimatkan pelbagai jenis tenaga termasuk tenaga elektrik, air, angin serta kos, ianya juga turut memberi keselesaan dan persekitaran yang sihat kepada penghuninya. Teknologi mesra alam ini semakin giat digunakan dikebanyakan bangunan termasuklah bangunan pejabat, kompleks membeli belah, sekolah,rumah kediaman dan banyak lagi.Bangunan Hijau atau bangunan mampan ini adalah suatu struktur yang direkabentuk,dibina, diubahsuai,dikendalikan, atau digunakan semula dalam ekologi dan pelbagai tujuan dengan menggunakan sumber secara berkesan dan tidak membazir sepanjang kitar hidup bangunan itu.Ciri-ciri bangunan hijau yang direkabentuk kebiasaannya menggunakan elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan yang ditanam dalam dan luar bangunan.

Secara umumnya, bangunan hijau ini dibina adalah demi kebaikan kepada alam sekitar, penghunidan bangunan itu sendiri. Berikut merupakan tujuan atau objektif bangunan hijau direkabentuk dan dibina.

a)    Penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain secara berkesan dan tidak membazir. Penggunaan ini merujuk kepada penggunaan tenaga elektrik untuk kegunaan pencahayaan, kesegaran dalam bangunan (penyaman udara), dan sebagainya secara berkesan dan tidak membazir. Selain itu, bangunan hijau ini menggalakkan penggunaan tenaga ini dikurangkan dan diganti dengan sumber semulajadi yang lebih bersih dan berkualiti.

b)    Melindungi penghuni daripada mengalami “building sick” dan meningkat produktiviti para pekerja yang bekerja di dalam bangunan ini. Penyakit building sick ini bukan merujuk kepada bangunan itu yang mengalami kesakitan, tetapi penghuni yang berada didalamnya yang mengalami sakit. Hal ini berlaku apabila ruang kerja yang tertutup dantiada pengudaraan dari luar bangunan boleh menyebabkan penghuninya mengalamimasalah kesihatan dari segi udara yang digunakan untuk bernafas. Kebanyakan bangunan yang dibina pada ketika ini menggalakkan penghuninya memasang penyamanudara untuk menyegarkan persekitaran tempat kerja, tetapi pada masa yang sama, udaraini tidak diganti dengan udara yang baru dan hanya disejukkan oleh penyaman udara.Andaikata terdapat seseorang mengalami sakit selesema di tempat kerja, lambat launsemua orang dalam pejabat itu akan dijangkiti.

c)    Mengurangkan pencemaran, pembaziran, dan masalah alam sekitar. Penjimatan penggunaan tenaga elektrik dapat mengurangkan suhu global. Hal ini dapat berlakuapabila struktur bangunan yang dibina ini direkabentuk semata-mata untuk mengurangkan penggunaan lampu elektrik dan digantikan dengan tingkap kaca yang boleh mengalakkan pancaran matahari masuk ke dalam ruang bangunan. Secara tidak langsung, haba yang dibebaskan dari lampu elektrik dapat dikurangkan.

Bangunan hijau direkabentuk atas beberapa kebaikan kepada pemilik bangunan, penghuninya, dan alam sekitar. Berikut merupakan kebaikan bangunan hijau:

Kebaikan kepada alam sekitar
Kebaikan kepada ekonomi
Kebaikan kepada kesihatan dan komuniti

Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidupan
Mengurangkan kos operasi
Meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi di persekitaran.
Meningkatkan kualiti udara dan air.
Meningkatkan nilai asset dan keuntungan
.Meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bangunan.
Mengurangkan                pembuang bahan tercemar.
Meningkatkan             produktiviti dan kepuasan pekerja.
Mengurangkan masalah infrastruktur tempatan.
Melindungi sumber asli semulajadi.
Mengoptimumkan prestasi kitar hidup ekonomi.
Meningkatkan kualiti hidup.


  • ·     Kos kitar hidup bangunan lebih rendah kerana kurang melakukan penyelenggaraan mesin-mesin dan peralatan bangunan.
  • ·         Mengurangkan liabiliti bangunan.
  • ·         Lebih mesra alam.
  • ·     Meningkatkan pemasaran bangunan itu. Bangunan yang lebih menggunakanelemen semulajadi kebiasaannya lebih ramai dikunjungi berbanding bangunanyang tertutup kerana lebih nyaman dan selesa.
  • ·         Kos rekabentuk bangunan yang lebih jimat.

Isu global yang paling hangat dibentangkan dalam kebanyakan kongres antarabangsa ialah isu global seperti “global warming”. Global warming berlaku disebabkan kerakusan manusia yang mengejar pembangunan dan tidak mengutamakan peranan alam sekitar. Dalam beberapa dekad ini, barulah kita menjalankan penyelidikan berkenaan bangunan hijau serta peranannya kepada manusia. Pada ketika ini telah banyak bangunan hijau telah dibina dan masih dalam penyelidikan bagi menambah baik lagi fungsi dan sumber-sumbernya. Penggunaan elemen hijau, mesra alam dan tidak membazir boleh mewujudkan bangunan hijau yang efektif. Dalam usaha mewujudkan suasana tempat kerja dan kediaman yang selesa dan sihat, pembinaan tradisional kita pada hari ini perlu beralih arah dengan memasukkan elemen bangunan hijau di dalam rekaan bangunan disamping pembangunan yang serba pesat. Di antara bangunan hijau yang popular ialah The Urban Cactus (Rotterdam), 340 on the Park(Chicago), Waugh Thistleton Residential Tower(London), The Burj al-Taqa (Energy Tower, Dubai), The Hearst Tower (New York City), The CIS Tower (Manchester, England), The Lighthouse Tower (Dubai), The Pearl River Tower (Guangzhou, China), The Bahrain World Trade Center (Kingdom of Bahrain), The old Time Favorite (Mesiniaga Tower, Malaysia) dan banyak lagi.



No comments:

Post a Comment