Pemanasan Global (Global Warming)

Pemanasan Global
Kesan Pemanasan Global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang didada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan Global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, Pulau Haba, dan penggunaan Karbon Monoksida dan Karbon Dioksida yang berlebihan dalam kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak dibendung.

Terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak ditegah. Ternyata, Pemanasan Global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap dikawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan ozon. Tahukah anda bahawa Karbon Monoksida dapat menghakis dan menipiskan lapisan ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75% cahaya matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya Pemanasan Global akan berlaku secara berleluasa. Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30% peratus Sinaran Radioaktif yang akan membunuh sel-sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan terkena pada kulit kita, tumur akan membentuk dan akan menjadi sel kanser. Hal ini akan menyebabkan penduduk bumi akan ramai yang mati akibat Kanser Kulit. Kanser Kulit sukar diubati dan penawarnya tidak ditemui oleh para saintis sehingga ke hari ini. 

Sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8ºC, maka ais di Kutub Utara dan Selatan akan mula cair dan hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita semua. Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95%, ini bermakna banyak kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati. 

Pemanasan Global pada peringkat awalnya akan menyebabkan Migrain dan Sakit Kepala yang melampau. Migrain disebabkan oleh pemanasan yang melampau dan akibatnya akan berlaku pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa kepada pesakitnya.

Pulau Haba juga sering dikaitkan dengan Pemanasan Global. Pulau Haba disebabkan oleh asap-asap yang dikeluarkan daripada asap kereta dan kilang. Asap ini mengandungi Karbon Monoksida yang tinggi yang akan menipiskan lapisan ozon bumi. Oleh sebab itu, meminimunkan penggunaan kenderaan perlu dititikberatkan. 


Kesimpulanya, fenomena Pemanasan Global adalah perkara yang menghantui komuniti antarabangsa. Hal ini kerana kesannya kepada penduduk dunia amat serius. Oleh itu kita sebagai sebahagian daripada penghuni bumi ini perlu mengambil langkah pencegahan sebelum hal ini menjadi lebih serius. Jangan sampai nasi telah menjadi bubur barulah kita mahu berubah. Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat sesuatu kepada dunia yang hendak kita wariskan kepada anak cucu kita ini.

Langkah-langkah menangani Pemanasan Global
Isu Pemanasan Global sudah menjadi perkara lumrah kini. Pelbagai persidangan sudah diatur untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ini. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah kerjasama yang mampu dilakukanoleh pihak masyarakat antarabangsa dalam isu ini? 

Isu Pemanasan Global dikatakan telah mencairkan ais di kawasan kutub bumi sehingga mempengaruhi perubahan iklim pula. Kejadian hujan lebat bersama-sama angin taufan yang melanda Filipina sedikit masa lalu telah membuktikan betapa isu Pemanasan Global ini telah mengubah sistem iklim dunia. Masyarakat sudah mula sedar akan impak negatif yang bakal dibawa oleh perubahan cuaca yang agak drastik ini kepada kehidupan harian mereka kelak. Oleh itu, pelbagai tindakan bersama boleh dilakukan oleh masyarakat dunia untuk sama-sama mengurangkan impak Pemanasan Global ini. 

Tindakan kerjasama awal yang boleh dilakukan oleh masyarakat antarabangsa ialah kajian-kajian saintifik boleh diusahakan untuk memperoleh data yang tepat tentang Pemanasan Global ini. Kewujudan data yang tepat seperti kadar pencairan ais di kutub dan sebagainya ini membolehkan masyarakat dunia membuat tindakan susulan untuk mengatasi perubahan iklim yang dikatakan berlaku itu. Perkongsian data kajian ini juga boleh memberikan gambaran sebenar tentang impak yangbakal dialami oleh dunia dengan lebih jelas. Maka, kerjasama melaksanakan kajian-kajian saintifik merupakan tindakan awal yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat antarabangsa.

Selain itu, masyarakat antarabangsa boleh melaksanakan kempen kesedaran tentang isu Pemanasan Global ini untuk memberikan pemahaman sebenar kepada masyarakat dunia. Kempen kesedaran ini pasti lebih efektif kerana dilakukan diseluruh dunia lalu membawa perubahan yang serupa kepada penduduk dunia dengan lebih pantas. Perubahan yang berlaku itulah mampu dijelmakan dalam tindakan bersepadu masyarakat dunia untuk sama-sama mengatasi fenomena yang mula mengancam perubahan cuaca dunia ini. Sesungguhnya, kempen kesedaran yang bersepandu di seluruh dunia akan membawa perubahan yang lebih nyata terhadap semua tindakan yang dilaksanakan secara bersama-sama itu kelak. 

Masyarakat dunia terutama negara-negara maju perlulah menandatangani Perjanjian Kyoto yang berkaitan dengan pengawalan kesan Rumah Hijau. Semua negara sedar bahawa salah satu punca Pemanasan Global ialah kadar pelepasan pelbagai gas akibat kemajuan manusia seperti kereta, bas, kilang dan sebagainya tetapi masih banyak negara maju yang enggan mengawal kadar perlepasan gas sebegini sebab bimbang kadar pertumbuhan ekonomi mereka akan terjejas. Semua negara perlu sedar bahawa jika pelepasan gas ini tidak dikawal, dunia akan musnah termasuklah negara mereka sendiri. Jelaslah, semua negara perlu menandatangani perjanjian yang mengawal perlepasan gas yang mampu memusnahkan dunia itu dengan segera supaya proses Pemanasan Global tidak menjadi begitu pantas lagi.

Masyarakat dunia juga boleh mewujudkan satu dana khas untuk membiayai semua projek sains yang membuat penyelidikan untuk mencari jalan mengatasi masalah Pemanasan Global ini. Dana ini hendaklah disumbangkan oleh semua negara tanpa banyak alasan lagi kerana semakin cepat wang ini dikumpulkan semakin cepat projek penyelidikan dapat dijalankan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Semua projek penyelidikan itu hendaklah meliputi semua kemungkinan yang dijangka akan berlaku dan disertai oleh ahli-ahli saintis seluruh dunia untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Sesungguhnya, usaha mengumpul dana sebegini mampu memupuk semangat kerjasama yang tinggi selain mampu mewujudkan pelbagai projek penyelidikan yang berkualiti dalam tempoh yang singkat. 

Konklusinya, semua tindakan itu harus dilaksanakan oleh masyarakat dunia tanpa perlu berlengah masa lagi. Kita tidak harus menimbulkan pelbagai alasan atau sebab yang mampu melambatkan proses mencari jalan penyelesaian kepada kemelut yang bakal menentukan keseinambungan peradaban manusia ini. Kegagalan kita untuk bertindak dengan rasional boleh menyaksikan pupusnya peradaban manusia dalam masa terdekat nanti. Kita perlu sedar bahawa dunia ini bukannya hak kita tetapi warisan yang harus dinikmati oleh generasi akan datang.



Punca – punca Pemanasan Global

Pembakaran terbuka merupakan salah satu punca berlakunya fenomena Pemanasan Global Pembakaran terbuka menyebabkan Pemanasan Global apabila bahan- bahan yang dibakar mengeluarkan gas yang boleh menipiskan lapisan ozon. Apabila lapisan ozon menipis bahaya daripada matahari akan diserap masuk dengan kualiti yang banyak. Hal ini akan menyebabkan persekitaran di bumi terasa panas. Buktinya, dikawasan padang pasir, pada waktu siang keadaan di sana sangat panas apabila malam pula keadaannya begitu sejuk mencecah sehingga 1ºC. Kesimpulannya, pembakaran terbuka adalah salah satu punca yang menyebabkan Pemanasan Global, perkara ini perlu dielakkan agar fenomena ini tidak menjadi begitu serius. 



Penggunaan bahan yang mengandungi Kloroflorokarbon (CFC). Gas Kloroflorokarbon berfungsi sebagai penyejuk, pembebasan gas Kloroflorokarbon juga boleh menyebabkan lapisan ozon bumi menjadi nipis. Dalam kehidupan seharian kita sama ada kita sedar ataupun tidak, kita sering menggunakan bahan yang mengandungi gas Kloroflorokarbon.Antaranya ialah, peti sejuk dan penyaman udara. Bahan atau alat ini membebaskan gas Kloroflorokarbon. Memang tidak dapat dinafikan bahan atau alatan ini membawa bermacam -macam faedah untuk kehidupan seharian kita. Pada masa kini pelbagai inovasi telah dilakukan oleh kerajaan kita bagi mencegah penggunaan gas Kloroflorokarbon ini, kerajaan telah mencipta alatan yang berunsur mesra alam bagi mengatasi masalah penipisan lapisan ozon. Kita haruslah menyahut seruan kerajaan dengan menggunakan alatan-alatan mesra alam bagi mencegah fenomena Pemanasan Global. 

Pada masa kini, aktiviti pembangunan giat di jalankan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat sekeliling. Oleh hal yang demikian, aktiviti penyahutanan perlu dilakukan bagi mendapatkan tempat atau ruang untuk melakukan aktiviti pembangunan. Aktiviti penyahutanan akan menyebabkan kadar gas Karbon Dioksida yang dilepaskan oleh manusia tidak lagi dapat diserap oleh pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan. Gas Karbon Dioksida ini akan dilepaskan ke ruang atmosfera. Oleh itu, aktiviti pembangunan dan aktiviti penyahutanan perlulah dikurangkan bagi membolehkan gas Karbon Dioksida digunakan oleh tumbuh-tumbuhan. 

Pelepasan asap daripada kilang-kilang dan kenderaan juga merupakan punca yangmenyebabkan fenomena Pemanasan Global. Asap daripada kilang dan kenderaan bukan sahaja boleh menyebabkan pencemaran udara ia juga turut memberi implikasi kepada lapisan ozon dan suhu bumi. Gas yang dilepaskan oleh kilang dan kenderaan mengandungi gas beracun yang boleh menyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis.Pihak kerajaan juga telah menjalankan kempen kongsi kereta bagi mengurangkan kadar atau jumlah pembebasan asap daripada kerajaan. Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga boleh digunakan bagi mengurangkan jumlah asap yang dibebaskan ke udara. Bagi pengusaha-pengusaha kilang mereka perlulah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

 

Pembinaan bangunan pencakar langit, kini setiap negara di dunia berlumba-lumba untuk membina bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia. Pembinaan bangunanyang tinggi boleh menyebabkan suhu dunia bertambah kerana kejadian Pulau Haba. Pulau Haba merupakan salah satu faktor yang menyebabkan suhu semakin meningkat. Apabila suhu meningkat keadaan muka bumi akan menjadi lebih panas. Apabila berasa panas ia akan mendorong seseorang untuk menggunakan penyaman udara. 

Punca-punca yang menyebabkan fenomena Pemanasan Global adalah saling berkaitan di antara satu sama lain. Setiap anggota masyarakat tidak kira bangsa perlulah saling membantu dan bersama-sama berganding bahu bagi mengelakkan fenomena Pemanasan Global daripada terus berlarutan sehingga menjadi semakin serius, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada setiap anggota masyarakat, punca-punca Pemanasan Global ini tidak akan mampu dielakkan.


No comments:

Post a Comment